AssaLamualaikum..
Kali ini aku nak cerita kat korang pasal info satu penyakit yang mungkin korang tak kenal pengetahuannya. Penyakit ni juga pernah terjadi pada aku sebelum ini atas sebab-sebab yang tidak di ingini dan mungkin sekarang masih wujud dalam sistem badan aku. So, aku nak share kat korang yang mana korang pun mungkin perasan kehadirannya. Let's read !!
Anemia ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin protien yang membawa oksigen di dalam sel darah merah harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.
Tiga kelas anemia yang utama termasuk:
1. Kehilangan darah akut mendadak yang berketerlaluan genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama
2. Pemusnahan sel darah yang berterlaluanhemolisis dan pengeluaran atau penghasilan sel darah merah yang kurang hemotopoiesis yang tidak berkesan.
3. Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.
Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab yang mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara, berdasarkan morfologi atau bentuk sel darah merah, mekanisme etiologi, dan simptom klinikal yang boleh dikesan, antara lain.
Adanya dua pendekatan utama untuk mengelaskan anemia, iaitu pendekatan "kinetik" yang melibatkan penilaian pengeluaran, pemusnahan, dan kehilangan sel darah merah, 1serta pendekatan "morfologi" yang mengelaskan anemia mengikut saiz sel darah merah. Pendekatan morfologi mempergunakan satu ujian makmal yang murah dan mudah didapati min isipadu korpuskel, (MCV) sebagai titik permulaannya. Sebaliknya, menumpukan perhatian pada persoalan pengeluaran pada peringkat awal membenarkan seseorang doktor untuk mendedahkan kes-kes anemia yang diakibatkan oleh berbilang sebab dengan lebih cepat.
Diagnosis
Satu-satu cara mengesan anemia adalah dengan ujian darah. Selain daripada melaporkan jumlah sel darah merah dan tahap hemoglobin, penganalisis automatik juga boleh mengukur saiz sel darah merah, iaitu satu alat penting untuk membezakan sebab-sebabnya.
Tanda-tanda yang dikenalpasti bagi pesakit anemia antaranya adalah : -
- Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelompok mata
- Tidak bermaya, letih, dan lemah badan, kabur
- Pendek nafas apabila melakukan senaman
- Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.
- Angina pektoris iaitu suatu keadaan apabila berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.
- Denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luar biasa
- Kurang selera makan dan kehilangan berat badan
- Sukar untuk berjalan dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
- Kaki dan tangan menjadi sejuk, kebas dan berdenyut-denyut
- Kehilangan darah kronik yang biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
Berkemungkinan disebabkan : -
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin
- Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan
- Kekurangan hormon : paras hormon tiroid yang rendah
- Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia
- Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan
Komplikasi
Jika anemia sangat teruk ia akan meyebabkan : -
- Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi
- Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada dalam kandungan
Rawatan Anemia bergantung kepada jenis Anemia yang dihadapi
- Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukemia, rawatan khusus perlu dilakukan
- Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan pil pertambahan zat besi
Tips lain untuk merawat kekurangan zat besi : -
Di nasihatkan mengambil pil pertambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi
Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat
Jadi, pesanan ringkas aku tuk korang semua amalkan gaya hidup yang sihat dengan cara makan makanan yang seimbang. Nak tahu caranya? jom tengok " Piramid Makanan " di bawah : -

Aras Kumpulan makanan | Nilai Khasiat | Cadangan Pemakanan | Contoh Satu (1) Sajian |
Aras 1: Bijirin, produk bijirin dan ubi |
| 8 - 12 sajian |
|
Aras 2: Buah-buahan dan sayur-sayuran |
| 3 - 5 sajian | Sayur-sayuran:
Buah-buahan:
|
Aras 3: Susu dan hasil tenusu (kecuali susu pekat, mentega dan krim) Ikan, ayam, daging dan kekacang |
| 1 - 2 sajian 2 - 3 sajian |
|
Aras 4: Lemak, minyak, gula dan garam |
| Jumlah sedikit |
ALright for today, rasanya macam da cukup jew. Apa-apa pun tunggu cer lain lagi kayh!! hee~
Lastly, " RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL " ( gaya Ust. Ezy )
WasaLam..


No comments:
Post a Comment